Malaysia's Best Promotions and Deals Website

Daftar Program Jaringan Prihatin B40

Deal Score+3
Deal Score+3
Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 telah dibuka untuk pendaftaran. Rujuk kepada senarai pautan syarikat telekomunikasi pilihan anda untuk berdaftar.

Apakah itu Program Jaringan Prihatin​?

Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah, RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.

Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas (12) syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

jaringan prihatin b40

Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:

Siapakah yang layak menerima bantuan program Jaringan Prihatin?

Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

Jika anda penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:

  • Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
  • Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Bagaimana saya boleh memohon untuk menyertai program Jaringan Prihatin?

Anda boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi terpilih dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Keseluruhan program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi pilihan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum tiga (3) kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut. Sila rujuk laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran. Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.

Jaringan PRIHATIN Bersama Digi

Digi Jaringan Prihatin 1 1

Digi umum subsidi Jaringan PRIHATIN dan tawaran istimewa bagi membantu rakyat Malaysia yang layak untuk kekal berhubung

  • Kira-kira sebanyak 8 juta rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menikmati tawaran ini
  • Terdapat dua tawaran pilihan: Rebat RM180 untuk pelbagai pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi RM300 untuk telefon pintar dan tablet

Mereka yang layak, yang juga penerima BPR mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana tawaran Digi yang berikut:

  • Rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar – Rakyat Malaysia yang layak akan menerima rebat bulanan sebanyak RM15 dan tambahan 2GB data setiap hari, selama satu tahun. Dengan tawaran Jaringan PRIHATIN ini, pelanggan sedia ada dan baharu Digi boleh memilih untuk menggunakan rebat bulanan RM15 tersebut ke atas pelbagai pelan prabayar dan pascabayar, termasuk pelan terlaris Digi iaitu Prepaid Next yang menyediakan data berkelajuan tinggi 30GB serta panggilan tanpa had pada harga bulanan yang berpatutan iaitu RM20 (selepas rebat).
  • Subsidi RM300 untuk peranti – Rakyat Malaysia yang berkeluarga dan layak akan menerima subsidi RM300 untuk membantu menyediakan kelengkapan telefon pintar atau tablet 4G buat anak-anak mereka. Bagi menyokong objektif kerajaan, Digi menawarkan pakej telefon pintar istimewa untuk pelanggan prabayar dan pascabayar.

Pakej telefon pintar Digi Prepaid boleh dinikmati pada harga RM100 tanpa komitmen kontrak, yang mana pelanggan akan mendapat akses internet berkelajuan tinggi selama tiga bulan (30GB sebulan serta data percuma 2GB setiap hari selama satu tahun), panggilan tanpa had dan telefon pintar Samsung Galaxy A02 secara percuma. Tawaran ini hanya dibuka untuk waktu yang terhad, justeru itu pelanggan yang berminat digalakkan untuk segera mendaftar pakej telefon pintar ini 5 Mei sehingga 31 Julai 2021. Di samping itu, pelbagai seleksi telefon pintar dan tablet juga akan ditawarkan bersama Digi Postpaid.

MCalls General TopBanner

For More: https://mypromo.my/tag/news

Sign Up for New Accounts and Get Rewarded
mypromo.my: Referral Codes Center
Get Rewarded When you sign up with Referral Codes
SaveSavedRemoved 2

Tags:

admin

admin

mypromo.my
Logo