Malaysia's Best Promotions and Deals Website

Cara Permohonan i-Sinar KWSP

Deal Score-1
Deal Score-1

Permohonan i-Sinar kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang memerlukan. Ianya membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan di dalam Akaun 1 mereka.

Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini, mereka adalah:

Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.

Permohonan dibuka bermula 21 December 2020

Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020. Permohonan bermula 11 Januari 2020

Berikut adalah cara permohonan untuk rujukan anda:

Mohon i Sinar
i sinar 2

Sila isikan nombor OTP yang akan diterima melalui SMS untuk pengesahan.

i sinar 3

Pilih Amoun untuk dikeluarkan

Jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Baki RM100,000

  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Baki Lebih RM100,000

  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
i sinar 4

Seterusnya, anda perlu memilih amoun bayaran bulan pertama. Bulan kedua sehingga bulan keenam, jumlah pembayaran akan dipuratakan dari baki selepas pembayaran bulan pertama.

i sinar 5

Isi dan semak maklumat anda: Nama Penuh; Nombor MyKad; Alamat e-mal; Nombor Telefon Bimbit; dan Alamat Surat Menyurat.

i sinar 6

Lengkapkan permohonan anda dengan maklumat bank anda.

i sinar 7

Langkah terakhir: Pastikan semua maklumat anda adalah betul dan tepat. Tekan HANTAR.

i sinar 8

Selesai. Status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.

Terima Kasih.

Sign Up for New Accounts and Get Rewarded
mypromo.my: Referral Codes Center
Get Rewarded When you sign up with Referral Codes
SaveSavedRemoved 0

Tags:

admin

admin

mypromo.my
Logo