
Cara Permohonan i-Sinar KWSP
Permohonan i-Sinar kini dibuka kepada semua pencarum KWSP yang memerlukan. Ianya membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan di dalam Akaun 1 mereka.
Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini, mereka adalah:
Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.
Permohonan dibuka bermula 21 December 2020
Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020. Permohonan bermula 11 Januari 2020
Berikut adalah cara permohonan untuk rujukan anda:

- Layan laman web: https://isinar.kwsp.gov.my
- Isi nombor MyKad dan nombor telefon bimbit anda

Sila isikan nombor OTP yang akan diterima melalui SMS untuk pengesahan.

Pilih Amoun untuk dikeluarkan
Jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.
Baki RM100,000
- Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Baki Lebih RM100,000
- Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Seterusnya, anda perlu memilih amoun bayaran bulan pertama. Bulan kedua sehingga bulan keenam, jumlah pembayaran akan dipuratakan dari baki selepas pembayaran bulan pertama.

Isi dan semak maklumat anda: Nama Penuh; Nombor MyKad; Alamat e-mal; Nombor Telefon Bimbit; dan Alamat Surat Menyurat.

Lengkapkan permohonan anda dengan maklumat bank anda.

Langkah terakhir: Pastikan semua maklumat anda adalah betul dan tepat. Tekan HANTAR.

Selesai. Status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.
Terima Kasih.