Malaysia's Best Promotions and Deals Website

Setahun bersama Kerajaan MADANI Diskaun Saman Trafik

Deal Score0
Deal Score0
Setahun bersama Kerajaan MADANI Diskaun Saman Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Disember ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang membabitkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman. – BERNAMA

Lokasi: Khemah 2 (Belakang Pentas Utama)
Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil

Masa: 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember (Jumaat)
9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad).

✅Diskaun saman trafik sehingga 50 peratus
❌Kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang melibatkan saman kemalangan
❌Kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan
❌Kesalahan tidak boleh dikompaun.

GAgdNHOaMAAv6K8?format=jpg&name=large
GAgdNHQbgAArhZw?format=jpg&name=large

Source

Sign Up for New Accounts and Get Rewarded
mypromo.my: Referral Codes Center
Get Rewarded When you sign up with Referral Codes
SaveSavedRemoved 0

Tags:

admin

admin

mypromo.my
Logo