Update Terbaru:
Pastikan anda telah muat turun MySejahtera sekarang!
ePENJANA bantu rancakkan penggunaan e-wallet rakyat Malaysia
RM50 akan dikreditkan ke akaun e-wallet rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM100,000 setahun.
Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program ePenjana yang mendorong transaksi tanpa tunai dan tanpa sentuhan.
Sama seperti eTunai Rakyat, rakyat Malaysia yang layak akan mendapat kredit percuma di eWallet mereka.
ePenjana menawarkan kredit sebanyak RM50 ke dalam e-dompet pengguna, dan ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 untuk pembelian fizikal.
Akan bermula pada bulan Julai 2020.