KADAR KHAS BAYARAN SAMAN-YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwartelah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman RM50 bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut :
i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Cara Pembayaran Saman
Pembayaran saman ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:
i) Aplikasi MyBayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank di seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat pos Malaysia
Bayar Melalui MyBayar Saman
Cara Bayar Saman PDRM Melalui Mesin MyBayar Saman. Rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
- Klik butang “Daftar.” Lengkapkan maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Klik butang “Semakan Saman” di menu utama.
- Butiran dipaparkan.
- Klik butang “Bayaran Saman” di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Check and pay summon online without service charges. You can now pay individual summon and company summon via MyBayar Saman – Quick and easy!
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Bayar Melalui Maybank ATM
Cara Bayar Saman PDRM Melalui Mesin ATM Maybank. Rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
- TEKAN PAYBILLS
- TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
- MASUK KAN NO IC/Kad Pengenalan
- TEKAN UNTUK BUAT BAYARAN
Pelbagai Promosi di Lazada: https://mypromo.my/go/lazada