Kempen “Pay With Shopee” oleh PTPTN dan Shopee memang hebat! Tujuan dia nak galakkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman secara online. Guna Shopee Coins semasa pembayaran untuk jimat lebih! Bagus juga untuk menghargai yang komited bayar balik secara konsisten. Kini, lebih senang dengan saluran bayaran ini!
Cara Bayar PTPTN, SSPN-I, dan SSPN-I Plus melalui Shopee
Untuk membayar PTPTN, SSPN-I, dan SSPN-I Plus melalui Shopee, ikut langkah-langkah ini:
- Buka aplikasi Shopee – https://mypromo.my/shp/ptptn
- Pilih “Bayar Bil & Topup” di halaman utama.
- Pilih kategori “Pendidikan”.
- Cari dan pilih “PTPTN” atau “SSPN-I” atau “SSPN-I Plus” bergantung kepada pinjaman anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor rujukan atau maklumat akaun.
- Konfirmasi bayaran dan ikuti panduan seterusnya.
- Jangan lupa download Receipt untuk rujukan nanti.
Ingatlah untuk memastikan maklumat yang dimasukkan betul dan tepat sebelum mengesahkan bayaran. Selamat mencuba!
Cara Pembayaran Dengan Gambar
- Buka aplikasi https://shope.ee/7KYTdY7B2V dan tap “Prabayar, Tiket & Bil” > PTPTN (di bawah Kategori Bil).
- Pilih produk pinjaman atau simpanan anda daripada: Pinjaman Pendidikan – Bayaran Balik Pinjaman
Simpanan Pendidikan – SSPN-i, SSPN-i Plus
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda > Klik ‘Semak Akaun’ untuk mendapatkan akaun anda.
Nota: Anda juga boleh tukar pilihan pinjaman dan simpanan di halaman ini dengan mengklik ‘>’.
- Pilih akaun yang ingin anda bayar dan masukkan jumlah > Klik ‘Teruskan’ untuk membuat pembayaran.
Sila ambil perhatian:
- Jumlah minimum: RM10 & Jumlah maksimum: RM999
- Yuran perkhidmatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan akan ditambahkan kepada jumlah pembayaran anda.
- Pada halaman Checkout, anda boleh bayar menggunakan ShopeePay atau kaedah pembayaran lain untuk menyelesaikan pesanan.
Kaedah pembayaran yang tersedia adalah:
- ShopeePay
- Kad Debit / Kredit Hanya Kad Debit boleh digunakan untuk SSPN-I
- Perbankan dalam talian
- Pembayaran Tunai di 7-Eleven
6. Selepas pembayaran berjaya, PTPTN akan memproses bil anda dalam masa 3 hari berkerja. Klik ‘Lihat Butiran Pesanan’ untuk melihat butiran pesanan bil anda.
7. Klik ‘Pesanan Diterima’ & scroll ke bahagian bawah > Klik ‘Muat Turun Resit Saya’ untuk melihat resit dalam aplikasi.
8. Anda dibenarkan membayar bil PTPTN / SSPN melalui Shopee seberapa banyak yang anda mahu. Di bawah My Orders > tab Completed, klik ‘Bayar Bil Lain’ untuk membuat pembayaran PTPTN / SSPN yang lain.
Jangan lupa untuk check-in dan kumpul coins setiap hari! Kalau nak beli barang, rajin-rajinlah kumpul coins untuk cashback juga ya.